Saturday, September 10, 2011

Hari Raya PASTI Cawangan2 Di Selangor

Assalamualaikum wbt,

Untuk memeriahkan lagi blog mgp Selangor saya ingin menyarankan agar MGP Kawasan di negeri selangor mewujudkan satu unit khas iaitu Unit IT atau Unit Multimedia atau sekurang-kurangnya letak di bawah Unit Penerangan.

kita sekarang adalah berada dalam dunia di hujung jari, dunia global, sudah sampai masanya kita MGP mengikut arus peredaran semasa. Sekiranya ada PASTI di kawasan anda mengadakan sebarang program boleh hantarkan gambar dan sedikit laporan ke emel mgpselangor@yahoo.com..

Saya ingin mengambil kesempatan untuk memaparkan suasana sambutan hari raya di Pasti As-Syifaa Taman Puchong Utama. kami telah mengadakan majlis hari raya pada hari jumaat 9 Sept 2011.

Saya ingin mengambil kesempatan pada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan, dan memberi makanan yang banyak.. mak Arfa Zulaikha sedia mee sup dan air juga duit raya, begitu juga mak Adila dan semua..terima kasih yang tidak terhingga dari guru2 PASTI As Syifaa.

Happy Birthday pada Damieya Putri Maisarah,moga jadi anak yang solehah dan seorang pejuang hebat insyaallah.Pada mama Damieya, terima kasih untuk kek yang cantik dan jajan untuk anak2 Pasti..Terima kasih semua...!









0 comments:

Post a Comment