Friday, September 16, 2011

Welcome to Alam Ria PASTI Malaysia 2011


Semoga semuanya selamat tiba dengan persediaan yang mantap untuk memburu kemenangan yang diidam-idamkan !

Selamat datang diucapkan kepada semua peserta Karnival Alam Ria PASTI Malaysia sama ada guru, ajk dan murid-murid PASTI pada 16 dan 17 September nanti bersamaan 18 dan 19 Syawal 1432H di Kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

http://pastipusat.wordpress.com/2011/09/01/welcome-to-alam-ria-pasti-malaysia-2011/

sumber:

Saturday, September 10, 2011

Hari Raya PASTI Cawangan2 Di Selangor

Assalamualaikum wbt,

Untuk memeriahkan lagi blog mgp Selangor saya ingin menyarankan agar MGP Kawasan di negeri selangor mewujudkan satu unit khas iaitu Unit IT atau Unit Multimedia atau sekurang-kurangnya letak di bawah Unit Penerangan.

kita sekarang adalah berada dalam dunia di hujung jari, dunia global, sudah sampai masanya kita MGP mengikut arus peredaran semasa. Sekiranya ada PASTI di kawasan anda mengadakan sebarang program boleh hantarkan gambar dan sedikit laporan ke emel mgpselangor@yahoo.com..

Saya ingin mengambil kesempatan untuk memaparkan suasana sambutan hari raya di Pasti As-Syifaa Taman Puchong Utama. kami telah mengadakan majlis hari raya pada hari jumaat 9 Sept 2011.

Saya ingin mengambil kesempatan pada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan, dan memberi makanan yang banyak.. mak Arfa Zulaikha sedia mee sup dan air juga duit raya, begitu juga mak Adila dan semua..terima kasih yang tidak terhingga dari guru2 PASTI As Syifaa.

Happy Birthday pada Damieya Putri Maisarah,moga jadi anak yang solehah dan seorang pejuang hebat insyaallah.Pada mama Damieya, terima kasih untuk kek yang cantik dan jajan untuk anak2 Pasti..Terima kasih semua...!



Friday, September 9, 2011

POSTMORTEM PENCERAPAN PASTI SELANGOR


Alhamdulillah Unit Latihan Pasti Negeri Selangor telah berjaya mengadakan postmortem Pencerapan pada 19 Ogos 2011 bertempat di Pejabat Pasti Pusat Gombak. Postmortem ini telah dikelolakan oleh Puan Khairiah Mohd selaku Ketua Unit Latihan Pasti Selangor. Berikut adalah tentatif program pada hari tersebut:

3.00pm Ucapan Pengerusi Majlis
3.05pm Ucapan Aluan oleh Puan Khairiah Mohamad
3.15pm Penerangan Khas oleh Puan Khairiah
Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
3.45pm Brainstoming Pencerapan
4.45pm Solat Asar
5.15pm Brainstorming Pencerapan (sambungan)
5.45pm Penilaian Semula Borang Pencerapan
7.00pm Penutup Dan Persediaan Untuk Iftar

Terima kasih pada Kak Yah yang telah bersusah payah menyediakan Iftar yang special iaitu nasi kerabu dan kuih muih dari air tangannya sendiri khas untuk para penyelia. Kak Yah, terima kasih daun keladi..:-)