Sunday, February 20, 2011

Sekitar Sambutan Maulidurrasul Pasti

Alhamdulillah PASTI dalam negeri Selangor telah memeriahkan sambutan maulidurrasul pada tahun ini 1432H dengan bermacam acara. Sebahagian besarnya telah mengadakan perarakan, ceramah, tayangan seerah Rasulullah dan peraduan mewarna.

Berikut adalah beberapa gambar yang saya temui terutama dalam FB. Mohon guru-guru yang ada gambar atau apa-apa majlis agar dapat bersama dipaparkan di sini untuk memeriahkan lagi blog ini. (makluman: blog ini adalah sementara unit penerangan mengadakan blog MGP selangor yang rasmi)

Majlis Sambutan Maulidurrasul Pasti BESTARI Pusat Bandar Puchong..

Sambutan maulidurrasul di Pasti Al Afiq, Kuala Langat


Wednesday, February 9, 2011

DOA DAN SOLAT HAJAT

SEMUA IBU BAPA & WARGA PASTI

PASTI Seluruh Malaysia

DOA DAN SOLAT HAJAT MOHON ALLAH MENANGKAN PERJUANGAN ISLAM

di Mesir, Tunisia, Yaman, Jordan dan Semua Negara Arab (BUMI PARA ANBIYA’)

Dengan segala hormatnya, PASTI Malaysia ingin menyeru dan mengajak semua ibu bapa dan seluruh warga PASTI agar dapat mengadakan solat hajat dan berdoa sama ada secara berjamaah atau individu memohon kepada Allah agar memberi kemenangan kepada perjuangan Islam dalam kebangkitan rakyat di Mesir, Yaman, Tunisia, Jordan, Syria, dan keseluruhan Negara Arab yang pernah menjadi bumi para Anbiya’.

2. Untuk makluman tuan/puan, sudah berpuluh tahun negara-negara tersebut diperintah oleh golongan sekular dan nasionalis (Pejuang Bangsa) yang telah membohongi rakyat, menindas rakyat, rasuah, mengumpul kekayaan peribadi, menolak Undang-undang Islam dan sebagainya. Mereka telah mempergunakan surat khabar, radio dan televisyen untuk mempengaruhi dan menipu rakyat. Pemimpin-pemimpin di negara-negara tersebut yang jelas pro-Barat telah menghalang perjuangan parti Islam di sana untuk mengembalikan negara mereka ke pangkuan Islam. Seperti Negara Mesir (yang dahulu pernah diperintah oleh Nabi Yusuf), kini sedang dahsyat bergolak apabila rata-rata rakyatnya yang susah mahukan kerajaan sekular ditumbangkan dan digantikan dengan Kerajaan Islam yang dipimpin oleh parti Islam (Ikhwan Muslimin). Mereka mahu kembali kepada cara Islam.

3. Justeru, sebagai umat Islam yang cintakan Islam dan yakin kepada janji-janji Allah, marilah kita bersama-sama berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah agar Allah memberi kemenangan kepada perjuangan Islam di negara-negara tersebut dan semoga rakyat Malaysia di sana selamat. Doakan juga agar Allah berikan kemenangan kepada perjuangan berteraskan Islam yang dipimpin oleh Parti Islam di negara kita yang tercinta ini. Sesungguhnya sudah lebih 53 Tahun pemimpin-pemimpin Melayu sekular / nasionalis (Pejuang Bangsa) memerintah negara ini dengan menggunakan acuan Barat, menolak Undang-undang Islam, mengaut harta rakyat, rasuah, penyelewengan, gejala sosial / zina / buang bayi menjadi-jadi dan sebagainya.

4. Marilah kita bersama-sama bersatu dan menyokong perjuangan berteraskan Islam, dan sampai masanya kita menolak perjuangan berteraskan bangsa (Assabiyah) yang terbukti gagal. Moga-moga kita selamat di dunia dan di akhirat, amin.




Sekian, terima kasih.

tt Cikgu Azrin2Text Box: SELAMAT  MENYAMBUT Maulidur Rasul Pada 15 Feb 2011 Daripada: Ahli Lembaga Pengarah, PASTI Malaysia

(AZRIN ABD MAJID)

Ketua Pengarah PASTI Malaysia

s.k: DPPP