Friday, June 11, 2010

Gerai KOPASTI MALAYSIA DI MUKTAMAR KE 56

PASTI Malaysia telah melancarkan tiga produk pengguna melalui Koperasi PASTI ( Kopasti ) sempena perasmian serentak tiga dewan PAS semalam.

Prpoduk tersebut ialah teh, ubat gigi, minuman koko dan biskut coklat.

Sambutan sangat menggalakkan. Sila dapatkan di gerai Kopasti di PUTIK dan selepas ini berhubunglah dengan Pejabat Kopasti di talian

03 61876592.

Bersama Pembeli Cilik di Gerai

Sunday, May 23, 2010

Sambutan Hari Guru Pasti Selangor 2010

23 Mei 2010- Bertemakan Guru memimpin Perubahan Ummah serta warna tema hijau, PASTI Selangor telah mengadakan sambutan hari guru PASTI peringkat Negeri Selangor dengan gilang gemilangnya bertempat di Ruang Lobi Utama Menara Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dirasmikan oleh Ustaz Kamal Ashaari selaku Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut hadir pada majlis ini adalah, Wakil ALP PASTI Malaysia, Barisan ALP PASTI Negeri Selangor, Pengerusi PASTI Kawasan, MGP Negeri Selangor, dan para guru dari 22 PASTI Kawasan dalam Negeri Selangor

Seramai 21 orang guru cemerlang dari 21 PASTI kawasan telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Kawasan berdasarkan penilaian ALP PASTI kawasan masing-masing. Guru-guru cemerlang peringkat kawasan menerima plak dan sijil yang disampaikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Pengarah PASTI Selangor. Selain itu juga terdapat penyampaian khas iaitu Anugerah Guru Perkihdmatan Setia, Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor dan Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor. Bagi anugerah tokoh guru dan tokoh PASTI masing-masing menerima, sejambak bunga, piala iringan, sepasang persalinan, sijil, plak dan saguhati.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan oleh Ustaz Akhwan Afendi dengan alunan lagu-lagu nasyid dan diselang-selikan nasihat-nasihat serta jenaka buat tetamu yang hadir. Cabutan berkat juga turut disediakan bagi para guru yang hadir pada majlis ini. Majlis selesai jam 2.15petang dengan aktiviti bergambar oleh para guru dan tetamu yang hadir. Disini PASTI Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru pada seluruh warga guru PASTI di Selangor. PASTI Selangor juga mengucapkan tahniah dan terima kasih pada PASTI kawasan Gombak kerana berjaya menjayakan Majlis Hari Guru PASTI Selangor 2010 pada hari ini. Berikut adalah senarai penerima-penerima anugerah pada sambutan hari guru PASTI Negeri Selangor 2010 pada hari ini.

Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan

  1. Ustazah Roslina bt Mat Hassan (PJU)
  2. Ustazah Umi Wasilah bt. Seamat (Sgi. Besar)
  3. Ustazah Noor Ilyani bt. Mohd Suratman (Subang)
  4. Ustazah Wan Rusmadi bt Wan Idris (Gombak)
  5. Ustazah Siti Maryati bt. Mohd Amin (Sepang)
  6. Ustazah Norazurah bt. Mohd Sidek (Klang)
  7. Ustazah Siti Aminah bt. Zaibani (Sabak Bernam)
  8. Ustazah Nor Zaihan bt. Ismail (Puchong)
  9. Ustazah Siti Zuleha bt. Sarman (Kuala Langat)
  10. Ustazah Rosnah bt. Sulaiman (Hulu Selangor)
  11. Ustazah Zainaba bt. Lalzaba (PJS)
  12. Ustazah Noriza bt. Abu Bakar (Ampang)
  13. Ustazah Jamaliah bt. Mustamar (Tnjg. Karang)
  14. Ustazah Roslinah bt. Barindi (Shah Alam)
  15. Ustazah Azizah bt. Nordin (Pandan)
  16. Ustazah Mahfudzoh bt. Abd Manaff (Serdang)
  17. Ustazah Hjh. Normah bt. Palidin (Hulu Langat)
  18. Ustazah Noraini bt. Abdul Rahman (Kota 0Raja)
  19. Ustazah Etah bt. Tugimin (Kuala Selangor)
  20. Ustazah Nora bt. Mohamad (Kapar)
  21. Ustazah Anidah bt. Ramin (Kelana Jaya)
Anugerah Perkhidmatan Setia
Ustazah Mahiran bt. Talib

Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor
Ustazah Fatimah bt. Daud

Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor
Ustazah Khairiah bt. Mohd

Suassana kehadiran para guru

Antara VVIP yang hadir

Pn. Norhayati Bt. Abdul Razak, Pengerusi MGP Negeri Selangor
memberi ucapan
Ust. Hasbullah Mohd Ridzwan, Pengarah PASTI Selangor
menyampaikan kata-kata perangsang semangat buat guru-guru
Ustaz Kamal Ashaari, Pen. Setiausaha DPPP merasmikan majlis.

Majis Guru PASTI Selangor mengetuai bacaan ikrar guru
PASTI Selangor

HARI GURU ANJURAN DEWAN PEMUDA PUCHONG

SUMBER: http://pemudapuchong.blogspot.com/

Guru-Guru PASTI yang ceria dan berdedikasi

Pada 22hb Mei yang lepas Dewan Pemuda PAS Puchong (DPP Puchong) meraikan seluruh guru PASTi Kawasan Puchong sempena Hari Guru. Yang bertemakan “Guru Memimpin Perubahan Ummah”

Majlis makan malam tersebut berlangsung di Restoren MAEPS Serdang. Majlis betambah meriah dengan guru-guru hadir bersama keluarga masing-masing. Selain bertujuaan memberi penghargaan kepada guru-guru, majlis ini juga dapat merapatkan ukhwah antara DPP Puchong dan seluruh guru PASTI Puchong.

Ketua Pemuda Pas Negeri Selangor dan juga merangkap Pengerusi PASTI Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan telah sudi hadir merasmikan majlis ini dan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada guru-guru. Turut hadir sama Timbalan Pasti Selangor, Saudara Mohd. Rozi Abdul Malek dan Ustaz Nasir Yusof, Timbalan Yang diPertua Pas Puchong.

Dalam majlis ini , Puan Norizan Hasan telah dipilih sebagai Tokoh Guru PASTi Puchong 2010 . Ketua Pemuda DPP Puchong berharap guru-guru PASTI agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendepani segala cabaran terutamanya cabaran pendidikan yang semakin banyak dan terus memperkasakan pendidikan PASTI disamping meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.


Cikgu- Cikgu Seronok dapat makan Steamboat
Ust. Nasir hadir bersama keluarga


Antara tetamu dari DPP Puchong yang hadir

Amanat dari KP


Ust Hasbullah menyampaikan ucapan.
Fuuhhhh.. cantik angle gambar
kita pada malam tu dari Akhi Shau'zi.. Nice Job

Semua guru dapat hadiah pada malam tu...

Inilah Tokoh Guru kita. Kak Nor.. Tahniah Kak Nor..


Sdr Rozi, Tim PASTI Selangor menerima cenderahati dari KP

Monday, March 22, 2010

KONVENSYEN GURU-GURU WANITA ISLAM MALAYSIA


















KONVENSYEN GURU-GURU WANITA ISLAM MALAYSIA

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengkuti jejak langkah Baginda.

Merujuk kepada salah satu keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Keenam yang telah diadakan pada 7 Safar 1431H bersamaan 23 Januari 2010, konvensyen yang disebutkan di atas akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 12 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 28 Mac 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda
Persiaran Bandaraya, Shah Alam, Selangor

Anjuran : Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama
Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Sasaran Peserta :
1) Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat
2) Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri / Wilayah Persekutuan atau Wakil
3) Guru-guru di bawah Institusi Pendidikan yang dimiliki oleh Ahli PAS
4) Guru-guru di bawah Institusi Pendidikan yang dimilik oleh NGO (seperti JIM, ABIM dll)
5) Guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
6) Guru-guru Sekolah Agama Rakyat dan Swasta
7) Guru-guru PASTI

Yuran Penyertaan : RM10 seorang