Wednesday, June 22, 2011

KSPP4 DAN SPIES

Kuala Kubu Bahru : 17 -19 Jun 2011, PASTI selangor telah berjaya menganjurkan Kursus KSPP siri 4 dan SPIES Belia yang dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Program ini dihadiri oleh 63 orang guru PASTI termasuk peserta KSPP4 dan selebihnya adalah wakil guru PASTI kawasan-kawasan.

Antara modul yang telah dibentangkan adalah Kelebihan Kurikulum Pendidikan Islam berbanding Kurikulum Pendidikan sekular : Realiti dan Implikasi disampaikan oleh ustaz Zamri Zainuddin, Modul Kepimpinan KUASA DIRI oleh ustaz Fauzan, Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan ( PSSPI ) dan Sains Kreativiti ( kraftangan/reka cipta dan Estetika) yang disampaikan oleh Kak Yah (Puan Khairiah Mohd) sendiri juga beberapa modul yang lain. Hjh Wan Hasrina selaku Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor turut memberi ucapan dengan tajuk "Kepimpinan dan ketokohan guru dalam masyarakat.: Kemahiran dakwah dan berpolitik secara Islam"

Program tamat pada jam 4.30pm. Hampir keseluruhan peserta yang hadir berpuas hati dengan kursus pada kali ini. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha untuk menjayakannya, semoga PASTI terus mantop dalam segenap segi. TAHNIAH..