Thursday, April 21, 2011

PASTI AINUL MARDHIAH JOHAN KESELURUHAN PESTA SUKAN PASTI PUCHONG

http://pastikawasanpuchong.blogspot.com/2011/04/pasti-ainul-mardhiah-johan-keseluruhan.html

Bandar Putra Permai, 17 April 11 – Menjadi tradisi Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong kali keempat telah menganjurkan acara Bola Sepak (lelaki) dan Bola Jaring (perempuan) dengan meriah dan berjaya. Selain itu, acaraibubapa juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Penganjuran pada kali ini, Pihak Jawatankuasa telah memilih Padang Futsal sebagai medan pertandingan. Bertempat di Tonga De Futsal, Bandar Putra Permai, acara dimulakan pada jam 9.00 pagi.
Sokongan padu dari para penonton disertai kelicikan para pelajar berjaya mewujudkan suasana yang amat mengkagumkan dengan ‘Seri Serdang 2011’ dipilih sebagai tuan tumah telah menampilkan 12 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 12 buah PASTI di Kawasan Puchong ; Al Iqbal (Kampung Seri Aman), Ainul Mardhiah (Taman Sri Serdang), As Syifa’ (Puchong Utama), Al Mawardi (Aman Bestari), Bestari (Pusat Bandar Puchong), An Nur (Puchong Intan), Al Firdaus (Puncak Jalil), Ar Raihan (Bandar Kinrara), Putra Permai (Bandar Putra Permai), Al Huda (Kg. Kenangan) dan Al Husaini (Serdang Jaya) serta Taman Sri Puchong yang diwakili oleh Putra Permai 2.
Dengan Tema “Sport for All”, Para ibu bapa, pelajar dan petugas hadir sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan padu memastikan program dapat dilangsungkan dengan jayanya. Acara dilangsungkan serentak bagi kedua-dua acara menggunakan dua padang khas bagi setiap acara. Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan beberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan.
Penganjuran sukan ini juga bukan sahaja untuk memenuhi silibus ko-kokurikulum takwim tahunan PASTI Kawasan dan setiap cawangan, malah ia juga dianjurkan untuk mencungkil bakat pemain terbaik bola sepak dan bola jaring di peringkat kawasan untuk mewakili PASTI kawasan Puchong ke pertandingan sukan tersebut di peringkat Negeri Selangor seterusnya ke peringkat PASTI Malaysia.

Menurut Fadzli, 30, selaku pengarah program berkata, pemilihan padang futsal untuk program pada kali ini sangat bermakna kerana memudahkan pergerakan peserta dan ibubapa serta kawalan pengunjung dapat diminimumkan. Walaupun kami sedar, Pertandingan di peringkat Malaysia dan Negeri menggunakan padang rumput untuk Pesta Sukan, namun tidak menjadi masalah untuk PASTI Puchong menghadapi situasi tersebut. Selain itu, aktiviti ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat pelajar-pelajar PASTI tetapi kepada penjaga pelajar yang turut berpeluang menyertai acara ibubapa yang diadakan.

Pada hari tersebut, acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah, Sdr. Kamaruzzaman Mohamad, Exco DPP Pusat, Ust Wan Shukri Wan Mustapha, Exco DPP Negeri Selangor, Ust Mohd Nasir Yusof, TYDP PAS Kawasan Puchong, Sdr. Syed Ahmad Thani, Timb. Pengarah PASTI Negeri Selangor dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut.

Perasmi juga kemudian telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk setiap acara. Hadiah khas Piala Pusingan Ketua Pemuda Kawasan Puchong untuk acara Bola Sepak dan Bola Jaring serta trofi penjaring emas untuk kedua-dua acara turut disampaikan kepada pemenang.

Keputusan akhir diketahui pada jam 1 petang di mana acara Bola Sepak telah dijuarai oleh PASTI Ainul Mardhiah dengan mengalahkan PASTI Al Mawardi dengan jaringan 1-0, manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Putra Permai dengan mengalahkan Johan Musim lepas iaitu PASTI Bestari dengan jaringan 6-2. Penjaring Emas bagi bola sepak dimenangi oleh adik Akmal Azhar dari PASTI Ainul Mardhiah, manakala penjaring emas bagi bola jaring dimenangi oleh adik Aleesa Aqilah Bt. Mohd Haffizy dari PASTI Putra Permai. JOHAN KESELURUHAN di sandang oleh tuan rumah ‘Sri Serdang 2011’ iaitu PASTI Ainul Mardhiah, tempat kedua dari PASTI Putra Permai manakala tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Bestari.

Secara keseluruhannya, program pada hari tersebut telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.

Berikut merupakan JUARA Bola Sepak dan Bola Jaring bagi 4 edisi.

TAHUN
BOLA SEPAK
BOLA JARING
Tuan Rumah
2007
PASTI Al Iqbal
PASTI Al Iqbal
Seri Aman 2007
2009
PASTI An Nur
PASTI Ainul Mardhiah
Kinrara 2009
2010
PASTI Putra Permai
PASTI Bestari
Puchong Intan 2010
2011
PASTI Ainul Mardhiah
PASTI Putra Permai
Sri Serdang 2011








PROGRAM SUKAN PASTI KAWASAN GOMBAK BAGI TAHUN 2011

Alhamdulillah PASTI Kawasan Gombak telah berjaya mengadakan Temasya Sukan Pasti (Sukpa) dan Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring yang diadakan seperti maklumat di bawah:-


1. TEMASYA SUKAN PASTI (SUKPA) KAWASAN GOMBAK 2011


Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad)

Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang

Tempat : Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak Setia


KEPUTUSAN PENUH TEMASYA SUKAN (SUKPA) PASTI KAWASAN GOMBAK 2011


Johan Keseluruhan : PASTI AR-RAHMAN

Johan Dun Batu Caves : PASTI AR-RAHMAN

Johan Dun Gombak Setia : PASTI AL-QAMAR

Johan Dun Hulu Klang : PASTI ILMI PERMATA

Johan Perbarisan : PASTI EHSAN 2


2. PESTA SUKAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN GOMBAK 2011


Tarikh : 17 April 2011 (Ahad)

Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang

Tempat : Taman Permata, Hulu Klang


KEPUTUSAN PENUH PESTA BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN

GOMBAK 2011


PERTANDINGAN BOLA SEPAK

Johan : PASTI EHSAN 1

Naib Johan : PASTI AR-RAHMAN

Tempat Ke-3 : PASTI ILMI PERMATA 1


PERTANDINGAN BOLA JARING

Johan : PASTI ILMI PERMATA 1

Naib Johan : PASTI EHSAN 2

Tempat Ke-3 : PASTI ILMI BBS


Bulan Mac dan April setiap tahun merupakan bulan sukan bagi Pasti Kawasan Gombak. Guru-guru dan pelajar pasti akan berusaha keras bagi menjayakan acara sukan tersebut disamping berusaha bagi memastikan Pasti masing-masing menjuarai setiap acara yang akan dipertandingkan. Kerjasama erat diantara Pas Kawasan Gombak, Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak, Dewan Muslimat Pas Kawasan Gombak, Amal Gombak, Nisa’ Gombak, para guru, ibubapa dan pelajar Pasti menjadi tunjang utama bagi memastikan sukan tersebut dilaksanakan sebaik mungkin. Tanpa anda semua, siapalah Pasti Kawasan Gombak.


Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring merupakan acara tahunan diperingkat Kawasan, negeri dan kebangsaan. Pasti yang berjaya diperingkat Kawasan akan mewakili Pasti Gombak untuk Pesta Sukan diperingkat Negeri yang akan diadakan pada bulan Mei nanti di Kawasan Pandan dan seterusnya peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Terengganu. Pemilihan pasukan dari Kawasan Gombak akan dipilih berdasarkan tiga pasukan terbaik yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam Pesta Sukan yang diadakan minggu lepas. Satu sesi pemilihan akan diadakan pada hari khamis ini 21 April 2011 di Padang Taman Pinggiran Batu Caves untuk memilih pemain handalan dan mengalas amanah membawa kemenangan untuk Pasti Kawasan Gombak.


Pasti Kawasan Gombak telah melantik saudara Mazeni JB sebagai jurulatih yang akan mengemudi pasukan bola sepak dan Cikgu Napisah untuk mengemudi pasukan bola jaring Pasti Kawasan Gombak. Justeru itu, adalah diharapkan saudara Mazeni dan Cikgu Napisah dapat mengembalikan kejuaraan yang dimenangi oleh Pasti Kawasan Gombak dua tahun lepas yang diadakan di Unisel, Kuala Selangor.


Semoga Pasukan Pasti Kawasan Gombak berjaya mencipta rekod memenangi acara bola sepak dan bola jaring disemua peringkat yang akan diadakan tidak lama lagi. Sasarannya adalah memenangi tempat pertama dan akan mewakili Pasti Selangor dan seterusnya Johan peringkat Kebangsaan pada tahun ini.


Bulan Mei adalah bulan peperiksaan pertengahan tahun, ayuh bersiap untuk peperiksaan pula. Sukan, sukan juga, belajar jangan tinggal...


Disediakan oleh

PASTI KAWASAN GOMBAK

email : pastigombak@yahoo.com

Facebook : Pasti Gombak


Temasya Sukan Pasti (Sukpa) Kawasan Gombak 2011

Pesta Sukan 2011Johan Bola Sepak

Pesta Sukan 2011 Johan Bola Jaring

Friday, April 8, 2011