Wednesday, May 25, 2011

50 guru Pasti Selayang diraikan

Mohd Farhan Madzlan

SELAYANG, 18 Mei: Seramai 50 orang guru pasti di seluruh Kawasan Selayang diraikan di sini baru-baru ini.

Program yang bertujuan mengenang jasa guru-guru di seluruh tanah air ini juga berjaya disantun oleh pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzan Madzlan sebagai memberikan rangsangan positif kepada guru-guru dalam membentuk peribadi anak-anak kecil di kawasan ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Hulu Langat, Mad Shah Mior bin Mat Kosim, yang juga Timbalan Pengarah Pasti Negeri Selangor.

Institusi Pasti adalah merupakan sistem pendidikan pra sekolah yang di bawah kelolaan dewan pemuda pas telah banyak menaikkan taraf pendidikan dan akhlak islam anak-anak kecil di malaysia.

Ia juga dilihat sebagai suatu icon kepada penubuhan pra sekolah-pra sekolah lain kerana sistemnya yang mantap dan pengurusannya yang tersusun, ditambah dengan cawangannya yang banyak hampir di seluruh kampung di seluruh negara.

Di samping itu juga, turut diberikan perhatian pada majlis ini adalah penyerahan kunci kepada Tuan Haji Majid Hasan, Pengurus Pasti Al-Munirah sebagai simbolik waqaf sebuah van bagi kegunaan Pasti Al-Munirah, Kuang daripada Tuan Haji Mohamed Saad Ramichan.

"Inilah usaha kita bersama untuk memartabatkan pendidikan islam di malaysia ini dan moga-moga ia akan dinilai oleh allah taala sebagai salah satu dari amalan kita," ujar Saad.

Turut diwaqafkan juga pada majlis ini adalah sebidang tanah yang menjadi tapak Pasti tersebut sekarang ini oleh tuan punya tanah, Tuan Haji Zainal Morharan Bin Shamsudin.

Kedua-kedua penyampaian itu diiringi oleh Kedua Dewan Pemuda PAS Selayang sebagai saksi termeterainya aqad waqaf tersebut.

Majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian anugerah guru Pasti cemerlang peringkat kawasan yang telah berjaya disandang oleh Ustazah Fatimah Misnadi.
Beliau dipilih pada kali ini adalah kerana kegigihan beliau mendidik anak-anak kecil dengan kefahaman dan akhlak islam di Pasti An-nur, Sri Kundang sehingga mampu menarik ramai ibubapa membawa anak-anak mereka untuk belajar di pasti tersebut.

"Kita kena didik anak-anak ini dengan kefahaman islam yang sebenar dan terapan nilaian dan akhlak islamiah semungkin yang boleh. Kita boleh dapat ilmu dengan mudah jika ia bersungguh-sungguh, tapi akhlak tidak seperti itu, ia perlu dididik dan diolah kepada anak-anak agar ia akan menjadi seorang yang berilmu serta berakhlak," kata Fatimah.

Anugerah Pasti Cemerlang 2011 Kawasan Selayang pada kali ini disandang oleh Pasti At-tawheed atas kotmitmen dalam setiap perancangan tahunan Pasti dan pengurusan yang mantap serta tersusun.

Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan petunjukkan nasyid dari Kumpulan Shoutul Fiqrah yang dijemput khas dari Sekolah Rendah Agama Sungai Tua Baru.

0 comments:

Post a Comment