Friday, December 23, 2011

PASTI Mendapat Perhatian Antarabangsa

http://pastipusat.wordpress.com/


KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah menerima kunjungan hormat daripada Gerakan Islam Sri Langka dan Pakistan yang lebih dikenali dengan nama Jama’ath-e-Islami.
Kunjungan hormat daripada gerakan Islam itu ke pejabat rasmi DPPM yang bertempat di Jalan Raja Laut petang tadi disambut oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM dan turut menemai beliau adalah Ustaz Mohd Khairul selaku Setiausaha Kerja PAS Pusat.

Perjumpaan JU: Taklimat Buku Transisi

Perjumpaan dengan JU Negeri dan JU Kawasan untuk taklimat buku transisi telah di adakan seperti makluman di bawah:

Tarikh: 20 Dis 2011 (Jumaat)
Tempat: Pejabat PASTI Malaysia, Gombak
Masa: 10pg

Perjumpaan ini telah dibimbing sepenuhnya oleh Pn Khairiah.  Terima kasih kak yah..:-)





Thursday, December 22, 2011

JADUAL KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI ( KAPP ) NEGERI SELANGOR

Sila ke link ini untuk download jadual kursus KAPP siri 1: JADUAL KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI

Berikut adalah makluman ringkas mengenai kursus KAPP siri 1

Tarikh:      23 - 25 Dis 2011 ( Jumaat - Ahad)
Tempat:    D' Congkak Forest
Masa:       10.30 pg (Pendaftaran)
Yuran:       RM50.00

Saturday, December 17, 2011

Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2011

Menunggu Perasmi

21 Muharram 1433H

Ipoh, 17 Disember : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Hari Anugerah Kualiti PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. Majlis penuh bersejarah itu dijalankan bertempat di Dewan Perdana, Hotel Seri Malaysia, Ipoh dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sewaktu berucap merasmikan majlis tersebut, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dan kehebatan yang dicapai oleh PASTI pada hari ini. Beliau menegaskan lagi, PASTI telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sekadar anak-anak yang ibu bapanya  ahli dan pemimpin UMNO bahkan telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat bukan Islam. Beliau amat mengharapkan PASTI terus berkembang maju pada masa akan datang sehingga mampu membina kampus pendidikan PASTI yang mengandungi sekolah rendah dan menengah PASTI seterusnya kolej universiti PASTI.