Monday, March 5, 2012
USRAH PERDANA MGPNS
3 Mac 2011, Shah Alam- Majlis Guru PASTI Selangor telah berjaya mengadakan Usrah Perdana dengan tajuk JIHAD GURU PASTI ABAD KE 21. Program dimulakan dengan ucapan aluan ketua MGPNS Puan Norhayati Abd Razak diikuti oleh ucapan perasmian oleh En Shahrom Ahmad Daud, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, menggantikan Ustaz Hasbullah Radzuan yang tidak dapat hadir. Naqibah adalah Puan Noraini Hussin, Timbalan Ketau Muslimat PAS Negeri Selangor. Terima kasih kak In atas pembentangan yang mantop..
PEPERIKSAAN PERCUBAAN GP PASTI SELANGOR
2 Mac 2012 Jumaat Unit Latihan yang diketuai oleh kak yah telah berjaya mengadakan peperiksaan percubaan bertempat di Pejabat PASTI Gombak. Peperiksaan sebenar akan diadakan pada 24 Mac 2012 akan datang. semoga GP semua beroleh kejayaan..
Tuesday, February 28, 2012
IJTIMA' PILIHANRAYA KE13 MGPM
salam. Program Ijtima' Pilihanraya ke 13 MGPM telah berjaya diadakan pada 24 dan 25 Feb 2012 bertempat di PUTIK Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah dihadiri oleh lebih 800 orang MGP seluruh negara.
Friday, February 24, 2012
Kertas Peperiksaan Percubaan Guru Pelatih PASTI
Khas untuk guru-guru PASTI yang telah menghabiskan kursus peringkat asas dan sijil.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan bagi peperiksaan akhir kursus perguruan PASTI awal Mac nanti.
Saturday, February 18, 2012
Bengkel HSP JU PASTI Selangor
Alhamdulillah bengkel HSP (Huraian Sukatan Pelajaran) PASTI Selangor khusus untuk Jurulatih Utama, yakni 2 orang untuk setiap kawasan telah berjaya dilaksanakan seperti makluman di bawah.
Tarikh: 11 Feb 2012 (Sabtu)
Masa: 9.00 pg hingga 5.00 petang
Tempat: Pejabat PASTI Pusat, Gombak.
Bengkel ini anjuran Unit Latihan PASTI Selangor di bawah bimbingan Kak Yah ( Puan Khairiah Mohd). Banyak yang kami belajar pada hari itu termasuklah memahamkan falsafah pendidikan negara, falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan PASTI itu sendiri. Fokus utama adalah memahamkan HSP P&P serta RPH. Terima kasih kak yah kerana sentiasa membantu MGP tanpa jemu..

Tuesday, February 14, 2012
Kursus Pentadbiran PASTI Zon 3
Kursus Pentadbiran PASTI Zon 3(Kawasan terlibat; Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Sepang dan Kuala Langat
Tarikh : 19hb Februari 2012(Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Tingkat atas Darul Hidayah, Dusun Tua.(dihadapan IKBN)
Penyertaan : AJK pasti kawasan, Pengurus cawangan dan Guru PASTI cawangan
Tiada yuran penyertaan. Manual Pengurusan PASTI terbitan baru ada dijual RM 10.00 pada program berkenaan.
Mesyuarat Penaziran PASTI Selangor
Tarikh : 19hb Februari 2012(Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Tingkat bawah Darul Hidayah, Dusun Tua.(dihadapan IKBN)
Setiap kawasan WAJIB seorang wakil penaziran.
3. Sila maklumbalas kehadiran kepada saya (019-2144296) sebelum 16 Feb. Khamis untuk memudahkan pihak penganjur program mengatur persiapan program ini
MOHD ASLAM B. MOHD KHANANI)
Setiausaha
Jabatan PASTI Negeri Selangor
KURSUS HURAIAN SUKATAN 6 TAHUN PASTI NEGERI SELANGOR TAHUN 2012
Perkara di atas dirujuk.
Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan mengadakan Kursus Huraian Sukatan 6 tahun seperti berikut :
Tarikh : 25-26hb Februari 2012(Sabtu-Ahad)
Pendaftaran : 8.00pagi (RM 100 seorang guru)
Tempat : D’congkak Forest, Hulu Langat
3. Sila maklumbalas kehadiran kepada saya (019-2144296) sebelum 22 Feb. Rabu untuk memudahkan pihak penganjur program mengatur persiapan program ini.
(Kawasan terlibat; Pandan, Hulu Selangor, Selayang, Gombak. Pandan, Ampang, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Sepang dan Kuala Langat)
sumber: http://www.facebook.com/notifications#!/profile.php?id=100001304820516
Saturday, February 11, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Tuesday, January 17, 2012
5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia
| Harakahdaily, | 15 Jan 2012 |
GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.
Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Toyota Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.