gambar2 boleh dilihat di http://www.facebook.com/kalamcyber
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Sunday, March 11, 2012
KURSUS HSP BM & BI
Alhamdulillah pada 10 & 11 Mac 2012 Unit Latihan PASTI Selangor dengan kerjasama MGPNS telah berjaya mengadakan Kursus HSP Bm & BI siri ke 2. Kursus mengikut jadual asalnya akan diadakan di DCF Sungai Congkak terpaksa ditukar disaat akhir ke sebuah sekolah Rendah Agama di Taman Nakhoda Batu Caves. Saya sendiri hanya menghadiri pembentangan kertas kerja HSP untuk BI sahaja.
Saturday, February 18, 2012
Bengkel HSP JU PASTI Selangor
Alhamdulillah bengkel HSP (Huraian Sukatan Pelajaran) PASTI Selangor khusus untuk Jurulatih Utama, yakni 2 orang untuk setiap kawasan telah berjaya dilaksanakan seperti makluman di bawah.
Tarikh: 11 Feb 2012 (Sabtu)
Masa: 9.00 pg hingga 5.00 petang
Tempat: Pejabat PASTI Pusat, Gombak.
Bengkel ini anjuran Unit Latihan PASTI Selangor di bawah bimbingan Kak Yah ( Puan Khairiah Mohd). Banyak yang kami belajar pada hari itu termasuklah memahamkan falsafah pendidikan negara, falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan PASTI itu sendiri. Fokus utama adalah memahamkan HSP P&P serta RPH. Terima kasih kak yah kerana sentiasa membantu MGP tanpa jemu..

Friday, December 23, 2011
Perjumpaan JU: Taklimat Buku Transisi
Perjumpaan dengan JU Negeri dan JU Kawasan untuk taklimat buku transisi telah di adakan seperti makluman di bawah:
Tarikh: 20 Dis 2011 (Jumaat)
Tempat: Pejabat PASTI Malaysia, Gombak
Masa: 10pg
Perjumpaan ini telah dibimbing sepenuhnya oleh Pn Khairiah. Terima kasih kak yah..:-)
Tarikh: 20 Dis 2011 (Jumaat)
Tempat: Pejabat PASTI Malaysia, Gombak
Masa: 10pg
Perjumpaan ini telah dibimbing sepenuhnya oleh Pn Khairiah. Terima kasih kak yah..:-)
Thursday, December 22, 2011
JADUAL KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI ( KAPP ) NEGERI SELANGOR
Sila ke link ini untuk download jadual kursus KAPP siri 1: JADUAL KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI
Berikut adalah makluman ringkas mengenai kursus KAPP siri 1
Tarikh: 23 - 25 Dis 2011 ( Jumaat - Ahad)
Tempat: D' Congkak Forest
Masa: 10.30 pg (Pendaftaran)
Yuran: RM50.00
Berikut adalah makluman ringkas mengenai kursus KAPP siri 1
Tarikh: 23 - 25 Dis 2011 ( Jumaat - Ahad)
Tempat: D' Congkak Forest
Masa: 10.30 pg (Pendaftaran)
Yuran: RM50.00
Monday, October 31, 2011
PEDAGOGI JAWI PRASEKOLAH
Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor di bawah kelolaan Unit Latihan yang di ketuai oleh Kak Yah (Puan Khairiah Mohd) telah berjaya melaksana pedagogi jawi prasekolah pada 29 Oktober 2011 (sabtu) bertempat di Kompleks Tun Abdullah Muhamad Salleh di UKM Bangi. Biarpun berbagai halangan pada mulanya tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan Kak Yah serta pertolongan dari Allah, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pedagogi Jawi Prasekolah ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Supyan Hussin dan dikendalikan sepenuhnya oleh ustaz Sabri Azit dari negeri Kedah. Kehadiran guru-guru amat memberangsangkan iaitu lebih 200 orang. Adalah diharapkan para peserta yang hadir dapat memanafaatkan ilmu yang diajar dengan sebaik mungkin, insyaallah.

Wednesday, June 22, 2011
KSPP4 DAN SPIES
Kuala Kubu Bahru : 17 -19 Jun 2011, PASTI selangor telah berjaya menganjurkan Kursus KSPP siri 4 dan SPIES Belia yang dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Program ini dihadiri oleh 63 orang guru PASTI termasuk peserta KSPP4 dan selebihnya adalah wakil guru PASTI kawasan-kawasan.

Antara modul yang telah dibentangkan adalah Kelebihan Kurikulum Pendidikan Islam berbanding Kurikulum Pendidikan sekular : Realiti dan Implikasi disampaikan oleh ustaz Zamri Zainuddin, Modul Kepimpinan KUASA DIRI oleh ustaz Fauzan, Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan ( PSSPI ) dan Sains Kreativiti ( kraftangan/reka cipta dan Estetika) yang disampaikan oleh Kak Yah (Puan Khairiah Mohd) sendiri juga beberapa modul yang lain. Hjh Wan Hasrina selaku Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor turut memberi ucapan dengan tajuk "Kepimpinan dan ketokohan guru dalam masyarakat.: Kemahiran dakwah dan berpolitik secara Islam"
Program tamat pada jam 4.30pm. Hampir keseluruhan peserta yang hadir berpuas hati dengan kursus pada kali ini. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha untuk menjayakannya, semoga PASTI terus mantop dalam segenap segi. TAHNIAH..
Sunday, May 29, 2011
KSPP3
Friday, March 4, 2011
KAPP 1 & KAPP 4
Alhamdulillah Pasti Negeri Selangor telah berjaya mengadakan KAPP 1 dan 4 pada 25 Feb - 27 Feb yang baru lalu bertempat di D' Congkak Forest. Kehadiran MGP sangat memberangsangkan sehingga pihak pengurusan terpaksa bahagikan kursus ini kepada 2 siri. Insyaallah KAPP 1 & 4 siri 2 akan diadakan pada bulan April akan datang. Tahniah kepada Pasti Negeri Selangor dan tahniah juga kepada Pn Khairiah yang mengetuai unit latihan untuk kursus ini.