Thursday, December 22, 2011

JADUAL KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI ( KAPP ) NEGERI SELANGOR

Sila ke link ini untuk download jadual kursus KAPP siri 1: JADUAL KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI

Berikut adalah makluman ringkas mengenai kursus KAPP siri 1

Tarikh:      23 - 25 Dis 2011 ( Jumaat - Ahad)
Tempat:    D' Congkak Forest
Masa:       10.30 pg (Pendaftaran)
Yuran:       RM50.00

Saturday, December 17, 2011

Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2011

Menunggu Perasmi

21 Muharram 1433H

Ipoh, 17 Disember : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Hari Anugerah Kualiti PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. Majlis penuh bersejarah itu dijalankan bertempat di Dewan Perdana, Hotel Seri Malaysia, Ipoh dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sewaktu berucap merasmikan majlis tersebut, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dan kehebatan yang dicapai oleh PASTI pada hari ini. Beliau menegaskan lagi, PASTI telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sekadar anak-anak yang ibu bapanya  ahli dan pemimpin UMNO bahkan telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat bukan Islam. Beliau amat mengharapkan PASTI terus berkembang maju pada masa akan datang sehingga mampu membina kampus pendidikan PASTI yang mengandungi sekolah rendah dan menengah PASTI seterusnya kolej universiti PASTI.


Thursday, November 24, 2011

LAWATAN PASTI MALAYSIA KE PASTI SELANGOR.

Alhamdulillah pada 20 Nov 2011, PASTI Malaysia telah mengadakan lawatan ke PASTI Selangor dalam siri jelajahnya ke seluruh PASTI di Malaysia. Program telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 20 Nov 2011 (Ahad)
Tempat: Dewan Tertutup ?? Batang Kali
Masa: 11 pg - 5.30 ptg

Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat dari Pengarah PASTI Selangor Ustaz Hasbullah B Muhd Ridzwan, diikuti dengan penerangan tentang halatuju PASTI sepanjang 2012 hingga 2016 oleh cikgu Hassan. Di sebelah petang adalah sesi soal jawab.  Alhamdulillah, diakhir program para peserta kelihatan begitu bersemangat untuk melaksanakan segala tugasan yang telah diamanahkan.





Wednesday, November 23, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI KAWASAN DI SELANGOR

Alhamdulillah hampir semua PASTI Kawasan di Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) PASTI di peringkat kawasan masing-masing.  MAKP adalah program untuk merai kecemerlangan pelajar, juga majlis konvo untuk pelajar 6 tahun.  Disamping itu majlis ini juga disulam dengan persembahan pelajar untuk memeriahkan lagi suasana.  TAHNIAH kepada semua PASTI Kawasan yang telah beraya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di peringkat kawasan masing-masing.

Saya abadikan gambar MAKP kawasan-kawasan yang saya dapati dalam FB.

MAKP kawasan Puchong pada 13 Nov 2011 di Stadium Tertutup Serdang Jaya

MAKP Kawasan Pandan pada 13 Nov 2011

MAKP Kawasan PJU pada 13 Nov 2011

MAKP kawasan Kapar pada 13 Nov 2011

MAKP PASTI Al Afiq, Kuala Langat pada 17 Nov 2011, saya x dapat MAKP Kawasan Kuala langat.

MAKP Az Zahrah 4 Shah Alam pada 19 Nov 2011.  Saya juga tak dapat info tentang MAKP Shah Alam.

MAKP Kawasan Gombak pada 18 Nov 2011 bertempat di KUIZM, Taman Malewar.

Monday, November 14, 2011

EQ Dalam Bilik Darjah

EQ guru adalah angkubah yang paling penting dalam pembentukan bilik darjah yang berEQ tinggi. Antara komponen EQ guru yang paling dominan ialah cara guru mengurus emosinya, khasnya emosi negatif. Guru yang berjaya dan efektif adalah orang yang mampu menangani perasaan negatif dalam bentuk yang autentik, benar dan sihat.
I. Pengurusan Emosi Guru
A. Mengenal Pasti Perasaan Diri
- Tanya diri sendiri : Bagaimana perasaan saya?
- Jawab dengan menggunakan tiga perkataan  "Saya berasa ..."
- Labelkan perasaan diri, dan bukan pelajar atau situasi



B. Bertanggungjawab Atas Perasaan Sendiri

Wednesday, November 9, 2011

PEPERIKSAAN SETARA KAWASAN

Seluruh PASTI negeri Selangor diarah supaya melaksanakan peperiksaan setara secara serentak seperti makluman di bawah:

Tarikh:  3 Nov 2011 (Rabu)
Tempat: Pasti kawasan masing2
Peserta: Pelajar tempat pertama dan ke 2 dari PASTI cawangan.

Pelajar terbaik peperiksaan setara ini akan mewakili kawasan masing-masing ke peperiksaan setara peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 12 Nov 2011 (sabtu)
Tempat: Dewan Orang Ramai Kg Endah, Morib Banting
Masa: 11 pg - 4.30pm

Antara gambar peperiksaan setara kawasan

PASTI kawasan Puchong

PASTI Kawasan Kota Raja

PASTI Kawasan Shah Alam

PASTI Kawasan Kapar


Saturday, November 5, 2011

Monday, October 31, 2011

PEDAGOGI JAWI PRASEKOLAH

Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor di bawah kelolaan Unit Latihan yang di ketuai oleh Kak Yah (Puan Khairiah Mohd) telah berjaya melaksana pedagogi jawi prasekolah pada 29 Oktober 2011 (sabtu) bertempat di Kompleks Tun Abdullah Muhamad Salleh di UKM Bangi.  Biarpun berbagai halangan pada mulanya tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan Kak Yah serta pertolongan dari Allah, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pedagogi Jawi Prasekolah ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Supyan Hussin dan dikendalikan sepenuhnya oleh ustaz Sabri Azit dari negeri Kedah.  Kehadiran guru-guru amat memberangsangkan iaitu lebih 200 orang.  Adalah diharapkan para peserta yang hadir dapat memanafaatkan ilmu yang diajar dengan sebaik mungkin, insyaallah.







lagi gambar2 lawatan dapat dilayari di album album facebook nur iman

Thursday, October 27, 2011

LAWATAN MGPNS KE CYBERJAYA

27 Okt 2011 Khamis MGPNS dan penyelia PASTI telah mengadakan lawatan ke syarikat Edict Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengedar barangan berasaskan pendidikan ICT dari Malaysia, Singapore, Brunei, UK dan USA.

Kami MGPNS telah didedahkan dengan bahan bantuan mengajar prasekolah yang terkini seperti interaktif whiteboard dan lain-lain bahan bantuan mengajar yang canggih. Insyaallah kami akan memanafaatkan apa yang kami dapat hari ini dengan sebaiknya.  Sekurang-kurangnya kami nampak ke mana PASTI akan dibawa untuk perkembangan PASTI tahun-tahun akan datang.

Dalam dunia pendidikan yang makin canggih, MGP perlu lebih ke depan..






lagi gambar2 boleh dilihat di Facebook Nur Iman

Monday, October 10, 2011

Pertemuan Rasmi dengan JK Harian DPP Malaysia

sumber: http://pastipusat.wordpress.com/

Sabtu, 10 Zulqaedah 1432H
Malam  ini berlangsung Majlis Pertemuan Rasmi Ahli Jawatankuasa Harian DPP Malaysia dengan Jawatankuasa Harian PASTI Malaysia.
Majlis berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni di Ibu Pejabat PASTI Malaysia, Taman Samudera, Gombak.
Program berlangsung selama empat jam dimulai dengan jamuan makan malam. Tepat jam 10 malam, taklimat rasmi disampaikan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia kepada semua tetamu. Taklimat berselang-seli dengan sesi dialog secara terbuka di antara kedua-dua belah pihak.
Selepas berdialog, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Yang Berbahagia AF Ustaz Nasruddin Tantawi memberikan ucapan nasihat sebagai khulasah kepada majlis yang penuh bermakna itu.

Cenderamata Kenang-kenangan
Sebelum majlis berakhir, semua tetamu menerima cenderamata kenang-kenangan daripada PASTI Malaysia sempena kunjungan rasmi tersebut.

Bersama Ketua Pemuda