Thursday, August 25, 2011

MAJLIS KHATAM QUR'AN MGPNS 2011


Alhamdulillah MGP Selangor telah berjaya mengadakan program Khatam Al Qur'an dengan jayanya pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 17 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di Masjid As Syarif Meru Kelang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datok Pesuruhjaya PAS YB Dr Rani. Ustazah Wan Hasrina, Ketua Muslimat PAS Negeri Seangor juga telah dijemput untuk menyampaikan Tazkirah Jihad, dan beliau ditemani oleh Timbalannya Ustazah Noraini Hussin.




Saturday, July 30, 2011

TAKLIMAT PENCERAPAN

29 Julai 2011, Gombak, Taklimat Pencerapan telah berjaya diadakan di bawah kelolaan Kak Yah (Pn Khairiah Mohd). Proses pencerapan akan bermula dari 8 Ogos 2011 hingga 19 Ogos 2011. Pencerap telah diberi ilmu yang secukupnya dan berkelayakan untuk mencerap guru pelatih. Mohon sangat kerjasama dari Pengerusi Kawasan untuk membantu melicinkan lagi proses ini. Semoga Allah membantu kita semua, insyaallah..


Tuesday, July 26, 2011

HARI BAKAT PASTI NEGERI SELANGOR

Bt. 8 Sijangkang, 23 Julai 2011: Alhamdulillah Hari Bakat PASTI Negeri Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya atas usaha serta komitmen yang baik dari tuan rumah Dewan Pemuda PAS Kuala Langat. Perancangan yang diatur membuahkan hasil dengan berjalannya majlis ini di SRA Sijangkang. Pertandingan bermula sekitar jam 8.30 pagi iaitu sebanyak 7 acara yang dipertandingkan menggunakan 7 bilik pertandingan. Antara acara yang dipertandingkan adalah, Nasyid berkumpulan, Hafazan lelaki dan perempuan, bercerita lelaki dan perempuan, sajak lelaki dan perempuan, pidato perempuan, khutbah dan azan lelaki.

Sebanyak 19 PASTI kawasan yang memberanikan diri menghantar penyertaan pada kali ini. Persembahan yang diberikan setiap kawasan juga sungguh hebat dan mencuit hati penonton. Tahniah bagi kawasan yang menang dan yang tidak berjaya usaha lagi tahun hadapan dalam suassana serta nama yang baru iaitu Alam Ria PASTI Negeri Selangor. Bagi yang menang tingkatkan usaha bagi meraih kemenangan di Alam Ria PASTI Malaysia. Majlis perasmian penutup Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2011 ini telah di sempurnakan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi ADUN N51 Sijangkang. Turut hadir, Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan Pengarah PASTI Selangor, Ustazah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan Ketua DMPNS dan Pn. Norhayati Bt Abd Razak Ketua MGPNS.

Berikut Adalah Keputusan Rasmi Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2011

  • Azan
Johan : Haikal Aiman Bin Asyari (Serdang)
Naib Johan : Mohammad Aniq Affan Bin Mohamad Yusman (Kapar)
Ketiga : Muhamad Saadun Bin Hj Saat (Selayang)

  • Khutbah
Johan : Ammar Naufal Bin Shahrul Nizam (Subang)
Naib Johan : Md. Luqman Bin Md. yunus (Hulu Langat)
Ketiga : M. Yusri Hakim Bin Razali (Serdang)

  • Pidato (Perempuan)
Johan : Nur Ain Bt. Mohd Zaidi (Pandan)
Naib Johan : Zahida Zahhen Bano Bt. Mohd Asif Khan (PJS)
Ketiga : Amal Hakeemah Bt. Zikry Fuad (Gombak)

  • Bercerita Perempuan
Johan : Nor Syazwnani Bt. Zainal (Sepang)
Naib Johan : Nur Damia Adriana Bt. A.Alinuddin (Hulu Langat)
Ketiga : Putri Ayu Solehah Bt. Mulyadi (Puchong)
  • Bercerita Lelaki
Johan : Mohd Alif Nazmi Bin Mohd Ramzi (Hulu Langat)
Naib Johan : Mohd Naqiuddin Bin Mohd Nizam (Kapar)
Ketiga : Imam Ahamad Bin Mohd Rizal (Sepang)
  • Hafazan Perempuan
Johan : Syamaa' Bt Ilyas (Gombak)
Naib Johan : Nurul Syamila Husna Bt. Mohd Safi (Hulu Langat)
Ketiga : Sara Damia Bt. Safaruddin (Pandan)
  • Hafazan Lelaki
Johan : Muhamad Syakir Bin Salleh (Serdang)
Naib Johan : Mohammad Zulfadlli Faiz Bin Zuhairi (Shah Alam)
Ketiga : Muhammad Fazley Asyraf Bin Fadzil (Kuala Selangor)
  • Sajak Perempuan
Johan : Nur Damia Amira Bt. Ibnu Yazid (Kuala Selangor)
Naib Johan : Nur Marsya Jastina (Gombak)
Ketiga : Siti Zulaikha Bt. Zulkarnain (Serdang)
  • Sejak Lelaki
Johan : Muhd Aqif Bin Hazrul (Selayang)
Naib Johan : Muhammad Danial Hakimi Bin Moktar (Klang)
Ketiga : Muhammad Fuad Habib Bin Sabaruddin (Kuala Selangor)
  • Nasyid
Johan : PASTI Kawasan Hulu Selangor
Naib Johan : PASTI Kawasan Kuala Selangor
Ketiga : PASTI Kawasan Selayang

Juara Keseluruhan:PASTI Kawasan Hulu langat


Suasana majlis perasmian penutup

Suassana diluar dewan

Johan Pertandingan Nasyid

Ketua DPP Hulu Langat menerima hadiah juara keseluruahan

Saguhati pada perasmi

Wednesday, June 22, 2011

KSPP4 DAN SPIES

Kuala Kubu Bahru : 17 -19 Jun 2011, PASTI selangor telah berjaya menganjurkan Kursus KSPP siri 4 dan SPIES Belia yang dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Program ini dihadiri oleh 63 orang guru PASTI termasuk peserta KSPP4 dan selebihnya adalah wakil guru PASTI kawasan-kawasan.

Antara modul yang telah dibentangkan adalah Kelebihan Kurikulum Pendidikan Islam berbanding Kurikulum Pendidikan sekular : Realiti dan Implikasi disampaikan oleh ustaz Zamri Zainuddin, Modul Kepimpinan KUASA DIRI oleh ustaz Fauzan, Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan ( PSSPI ) dan Sains Kreativiti ( kraftangan/reka cipta dan Estetika) yang disampaikan oleh Kak Yah (Puan Khairiah Mohd) sendiri juga beberapa modul yang lain. Hjh Wan Hasrina selaku Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor turut memberi ucapan dengan tajuk "Kepimpinan dan ketokohan guru dalam masyarakat.: Kemahiran dakwah dan berpolitik secara Islam"

Program tamat pada jam 4.30pm. Hampir keseluruhan peserta yang hadir berpuas hati dengan kursus pada kali ini. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha untuk menjayakannya, semoga PASTI terus mantop dalam segenap segi. TAHNIAH..





Sunday, May 29, 2011

KSPP3

Sekarang sedang berjalan kursus kspp siri 3. Program bermula sejak dari jumaat 27 - 29 Mei 2011 bertempat Pejabat PASTI Gombak. Antara pembentang kertas kerja adalah Cikgu Syukri, Cikgu Fatimah Ali dan Kak Yah sendiri. Anda hebat..!

Kak Yah begitu bersemangat..

Khusyuk mendengar..

Cikgu Syukri manyampaikan kertas kerja Pelajar Masaalah Pembelajaran

Ketua MGP Selangor bersama bendahari dan kak zai.

Kak yah sedang memberi tunjuk ajar.

Wednesday, May 25, 2011

50 guru Pasti Selayang diraikan

Mohd Farhan Madzlan

SELAYANG, 18 Mei: Seramai 50 orang guru pasti di seluruh Kawasan Selayang diraikan di sini baru-baru ini.

Program yang bertujuan mengenang jasa guru-guru di seluruh tanah air ini juga berjaya disantun oleh pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzan Madzlan sebagai memberikan rangsangan positif kepada guru-guru dalam membentuk peribadi anak-anak kecil di kawasan ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Hulu Langat, Mad Shah Mior bin Mat Kosim, yang juga Timbalan Pengarah Pasti Negeri Selangor.

Institusi Pasti adalah merupakan sistem pendidikan pra sekolah yang di bawah kelolaan dewan pemuda pas telah banyak menaikkan taraf pendidikan dan akhlak islam anak-anak kecil di malaysia.

Ia juga dilihat sebagai suatu icon kepada penubuhan pra sekolah-pra sekolah lain kerana sistemnya yang mantap dan pengurusannya yang tersusun, ditambah dengan cawangannya yang banyak hampir di seluruh kampung di seluruh negara.

Di samping itu juga, turut diberikan perhatian pada majlis ini adalah penyerahan kunci kepada Tuan Haji Majid Hasan, Pengurus Pasti Al-Munirah sebagai simbolik waqaf sebuah van bagi kegunaan Pasti Al-Munirah, Kuang daripada Tuan Haji Mohamed Saad Ramichan.

"Inilah usaha kita bersama untuk memartabatkan pendidikan islam di malaysia ini dan moga-moga ia akan dinilai oleh allah taala sebagai salah satu dari amalan kita," ujar Saad.

Turut diwaqafkan juga pada majlis ini adalah sebidang tanah yang menjadi tapak Pasti tersebut sekarang ini oleh tuan punya tanah, Tuan Haji Zainal Morharan Bin Shamsudin.

Kedua-kedua penyampaian itu diiringi oleh Kedua Dewan Pemuda PAS Selayang sebagai saksi termeterainya aqad waqaf tersebut.

Majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian anugerah guru Pasti cemerlang peringkat kawasan yang telah berjaya disandang oleh Ustazah Fatimah Misnadi.
Beliau dipilih pada kali ini adalah kerana kegigihan beliau mendidik anak-anak kecil dengan kefahaman dan akhlak islam di Pasti An-nur, Sri Kundang sehingga mampu menarik ramai ibubapa membawa anak-anak mereka untuk belajar di pasti tersebut.

"Kita kena didik anak-anak ini dengan kefahaman islam yang sebenar dan terapan nilaian dan akhlak islamiah semungkin yang boleh. Kita boleh dapat ilmu dengan mudah jika ia bersungguh-sungguh, tapi akhlak tidak seperti itu, ia perlu dididik dan diolah kepada anak-anak agar ia akan menjadi seorang yang berilmu serta berakhlak," kata Fatimah.

Anugerah Pasti Cemerlang 2011 Kawasan Selayang pada kali ini disandang oleh Pasti At-tawheed atas kotmitmen dalam setiap perancangan tahunan Pasti dan pengurusan yang mantap serta tersusun.

Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan petunjukkan nasyid dari Kumpulan Shoutul Fiqrah yang dijemput khas dari Sekolah Rendah Agama Sungai Tua Baru.

Monday, May 23, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2011

Hari ini berlangsung majlis gilang-gemilang Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

Acara berprestij ini dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor tepat jam 12.20 tengah hari.

Sebahagian Guru-guru PASTI

Cikgu Azrin dan Setiausaha DPP

Persembahan Bekas Pelajar PASTI

Persembahan Solo Suhaimi In Team

Tetamu Utama

Antara yang Hadir

Kenangan Penerima Anugerah

Guru Cemerlang PASTI Malaysia 2011

Pemasyhuran Tokoh Guru PASTI Malaysia

Pada majlis itu, Cik Rohani binti Awang Lah daripada PASTI Negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Malaysia 2011. Tahniah kepada beliau dan penerima anugerah yang lain !

Sesungguhnya jasa dan pengorbana cikgu-cikgu semua tiada tandingannya.

Friday, May 20, 2011

Marhaban !


Rabu Jumadilakhir 14, 18 Mei 2011

Selamat datang para tetamu dan peserta Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2011 ke Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

Semoga anda selamat sampai ke sini pada hari Sabtu nanti. Sebarang masalah lokasi dan kordinat tempat ini, sila berhubung dengan Saudara Mohd Nizam Satek, penyelaras logistik sambutan hari guru tahun ini di talian

019 6436389 atau 013 6337868.


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011-PASTI N.SELANGOR


SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR 2011

17 Mei 2011-Kuala Selangor; Seramai 220 orang guru mewakili 22 kawasan di negeri selangor diraikan semperna Sambutan Hari Guru peringkat PASTI N.SELANGOR bertempat di stadium tertutup, Komplek Sukan Kuala Selangor. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad ahli Parlimen Kuala Selangor. Turut hadir Ust Hasbullah B. Mohd Ridzwan Pengarah PASTI N.SELANGOR merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS N.SELANGOR, Ustzh Wan Haslina Bt. Wan Hasan Ketua Dewan Muslimat PAS N.SELANGOR bersama timbalannya, Pn. Noraini Hussein.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran dari surah Luqman ayat 12-19. Turut diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Fazs.

Hadiah disampaikan kepada 22orang guru cemerlang daripada 22 kawasan. Puan Siti Nor Ai'dah Bt Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati Bt. Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI N.SELANGOR. Dalam majlis ini juga turut diberikan anugerah khas kepada Ahli Lembaga Pengarah PASTI N. Selangor yang memberikan komitmen dan berkerja keras dalam menguruskan PASTI N.SELANGOR. Anugerah Tokoh PASTI N.SELANGOR dianugerahkan kepada Saudara Mohd Aslam B. Mohd Khanani. Beliau merupakan Setiausaha PASTI N.Selangor dari tahun 1997 sehingga sekarang.


Guru Khidmat Setia (lama berkhidmat)


Tokoh Guru PASTI N.Selangor

Tokoh PASTI N.SELANGOR