Friday, September 5, 2014

ALAM RIA PASTI MALAYSIA

30 Ogos, Muar: Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Parit Jawa, Muar Johor Darul Takzim menjadi sejarah bagi Alam Ria PASTI Malaysia 2014. Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Johor telah terpilih sebagai tuan rumah kali ini. Sebanyak 8 acara di pertandingkan dengan pecahan 11 kategori di pertandingkan.Program bermula seawal 8.00pagi dengan pendaftaran peserta di setiap bilik acara. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah antara agenda yang dinanti-nantikan semua kontigen dan tetamu. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Hj. Aminolhuda bin Hassan selaku Adun Parit Yaani merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.Berikut adalah keputusan Alam...




Boleh lihat gambar-gambar lain di FB NUR IMAN

Kurikulum Tadika PASTI Bertaraf Dunia

SUMBER: PASTI MALAYSIA

Pencapaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi perhatian banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad berkata, pelbagai pihak termasuk pakar-pakar pendidikan melawat dan membuat kunjungan ke PASTI untuk meninjau dan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melihat kehebatan dan kejayaan pendidikan di PASTI-PASTI. 

Menurut beliau lagi, kurikulum PASTI terbukti terbaik di negara ini apabila murid-murid lepasan PASTI memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam ujian Linus di sekolah-sekolah rendah mengatasi tahap kelulusan kebangsaan. “Banyak pihak kini mohon kerjasama PASTI untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman PASTI kerana PASTI telah berjaya menghasilkan murid-murid yang pintar soleh di negara ini”, tambah beliau sewaktu berucap dalam Karnival Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Sek Agama At-Tanwiriah, Parit Jawa, semalam.

Beliau menyatakan, dalam masa terdekat ini PASTI Malaysia kini sedang diperingkat akhir memperkemaskan lagi kurikulum PASTI agar bertaraf dunia. PASTI juga sedang memperluaskan program Pra-Tahfiz PASTI ke seluruh negara agar ia berjalan sepenuhnya pada tahun hadapan. Menurut beliau lagi, PASTI kini telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya membuka beberapa buah tadika PASTI di luar negara.

Sewaktu merasmikan Karnival Alam Ria PASTI ini, ADUN Parit Yaani yang selaku Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan mengucapkan tahniah atas kehebatan dan kejayaan PASTI, khususnya PASTI-PASTI di negeri Johor ini. Beliau mengharapkan agar PASTI dapat terus berkembang di negeri Johor agar lebih ramai rakyat di Johor dapat menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI bagi mendapatkan pendidikan awal berteraskan Islam. Beliau melahirkan rasa syukur kerana PASTI telah berjaya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini.

Karnival PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini memperlihat semua negeri menghantar peserta untuk pertandingan bernasyid, bersajak, bercerita, hafazan al-qur’an, azan, khutbah, Kalam Jamaiey (choral speaking -Bahasa Arab) dan pidato. Rata-rata orang ramai yang hadir terpegun dengan keberanian dan kepetahan murid-murid PASTI seawal usia 4, 5 dan 6 tahun itu mempersembahkan bakat masing-masing. Negeri Johor telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada kali ini.

ar

Tuesday, September 4, 2012

ALAM RIA PASTI SELANGOR


2 Sept. 2012, KAPAR: Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012. Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang seluruh PASTI Kawasan berkumpul bagi menonjolkan bakat pelajar mereka melalui pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk dua acara baru dimana satu acara hanya diperingkat Negeri Selangor sahaja iaitu Mengeja cepat dan satu lagi Kalam Jamaie yang dipertandingakan di peringkat Kebangsaan. Para peserta telah sampai seawal jam 8pagi lagi bagi mendaftarkan diri serta membuat persiapan akhir sebelum acara bermula disetiap dewan pertandingan.

Acara berakhir sekitar jam 12tghari dan peserta berehat sambil menanti Jawatankuasa Hakim mengira markah serta rumusan pemenang bagi setiap acara. Majlis Perasmian penutup Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012 telah di Rasmikan oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas bantuan  ahlijawatankuasa serta para petugas dan  pimpinan dari pelbagai peringkat yang membantu menjayakan program dari awal hingga akhir.

Tahniah juga di ucapkan kepada semua pemenang manakala yang tidak berjaya cuba lagi. Juara Keseluruhan kali ini telah dirampas oleh PASTI Kawasan Kapar iaitu tuan rumah Hari Alam Ria tahun ini.Johan bagi setiap acara akan mewakili PASTI Negeri Selangor dengan misi mengekalkan Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia di PUTIK, Negeri Kelantan pada 15 dan 16 September 2012(Sabtu dan Ahad). Selamat berjuang dari Kami seluruh Ahli Lembaga Pengerah PASTI Negeri Selangor. Berikut adalah keputusan bagi semua acara yang dipertandingkan semasa ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR 2012:

Acara Nasyid Berkumpulan
Johan          - PASTI Kawasan Sepang
Naib Johan - PASTI Kawasan Kapar
Ketiga        - PASTI Kawasan Klang

Friday, April 20, 2012

Selamat Bermuktamar

SELAMAT BERMUKTAMAR BUAT SELURUH PERWAKILAN MGP SELANGOR

Marhaban, Selamat Datang !

http://pastipusat.wordpress.com/


Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua peserta dan petugas Sambutan Hari Guru, Muktamar Majlis Guru PASTI dan Konvokesyen Guru-guru PASTI Malaysia Tahun 2012.

Century Pines Resort Hotel

Tanah Rata, Cameron Highlands.

28 & 29 Mei 2012 ( Isnin & Selasa )

Beberapa pesanan awal untuk ingatan semua :

1. Membayar duit penyertaan ( RM 100.00 ) untuk menampung sebahagian kos makanan dan penginapan di hotel berprestij.

2. Merancang perjalanan ke Cameron Highlands supaya dapat selamat tiba sebelum jam 1.00 petang 28 Mei kerana kesesakan jalan di sana sempena musim cuti persekolahan.

3. Bersedia dengan struktur jalan jika melalui laluan Tapah – Cameron Highlands. Jalan berliku-liku ( sediakan beg muntah atau makan pil )

4. Jika ingin membawa keluarga, sila buat tempahan penginapan sendiri dengan kadar segera. Semua hotel dan homestay mengenakan caj yang lebih tinggi pada musim cuti dengan kenaikan hampir 100% ( contoh – bilik biasa RM 89.00, musim cuti RM 189.00 ).

Semoga semuanya selamat tiba dan terhibur dengan keindahan alam ciptaan Tuhan di kawasan percutian pergunungan tersohor ini !

Monday, March 26, 2012

MENZIARAHI MANGSA BANJIR DI KAWASAN HULU LANGAT

14 Mac 2012 (Rabu) Majlis Guru PASTI Negeri Selangor (MGPNS) dengan kerjasama Unit Kebajikan MGPNS dan PASTI Selangor telah berkesempatan menziarahi mangsa banjir yang terdiri dari MGP kawasan  Hulu Langat.  Antara pimpinan MGPNS yang hadir adalah Pengerusi MGPNS Puan Norhayati, Puan Rozita (ketua Unit Kebajikan PASTI Selangor), Pengerusi MGP Puchong Puan Norzaihan, Pengerusi MGP Pandan Puan Noriza dan Ketua MGP Hulu Langat sendiri Puan Normah dan beberapa sahabat MGP yang lain.

Bermula jam 10 pagi, kami telah dibawa menziarahi 5 orang mangsa banjir hingga hampir pukul 1.00 tengahari.  Sedikit sumbangan berupa wang tunai telah diberi kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan. Kami juga dijamu dengan mee sup di rumah salah seorang mangsa banjir.



Sunday, March 11, 2012

KURSUS HSP BM & BI

Alhamdulillah pada 10 & 11 Mac 2012 Unit Latihan PASTI Selangor dengan kerjasama MGPNS telah berjaya mengadakan Kursus HSP Bm & BI siri ke 2.  Kursus mengikut jadual asalnya akan diadakan di DCF Sungai Congkak terpaksa ditukar disaat akhir ke sebuah sekolah Rendah Agama di Taman Nakhoda Batu Caves.  Saya sendiri hanya menghadiri pembentangan kertas kerja HSP untuk BI sahaja.






gambar2 boleh dilihat di http://www.facebook.com/kalamcyber

ANIMASI LAGU PASTI


Thursday, March 8, 2012

Multimedia Untuk Usrah Perdana

Monday, March 5, 2012

USRAH PERDANA MGPNS

3 Mac 2011, Shah Alam- Majlis Guru PASTI Selangor telah berjaya mengadakan Usrah Perdana dengan tajuk JIHAD GURU PASTI ABAD KE 21.  Program dimulakan dengan ucapan aluan ketua MGPNS Puan Norhayati Abd Razak diikuti oleh ucapan perasmian oleh En Shahrom Ahmad Daud, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, menggantikan Ustaz Hasbullah Radzuan yang tidak dapat hadir.  Naqibah adalah Puan Noraini Hussin, Timbalan Ketau Muslimat PAS Negeri Selangor.  Terima kasih kak In atas pembentangan yang mantop..






PEPERIKSAAN PERCUBAAN GP PASTI SELANGOR


2 Mac 2012 Jumaat Unit Latihan yang diketuai oleh kak yah telah berjaya mengadakan peperiksaan percubaan   bertempat di Pejabat PASTI Gombak. Peperiksaan sebenar akan diadakan pada 24 Mac 2012 akan datang.  semoga GP semua beroleh kejayaan..

Tuesday, February 28, 2012

IJTIMA' PILIHANRAYA KE13 MGPM

salam. Program Ijtima' Pilihanraya ke 13 MGPM telah berjaya diadakan pada 24 dan 25 Feb 2012 bertempat di PUTIK Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.  Program ini telah dihadiri oleh lebih 800 orang MGP seluruh negara.





Friday, February 24, 2012

Kertas Peperiksaan Percubaan Guru Pelatih PASTI

Khas untuk guru-guru PASTI yang telah menghabiskan kursus peringkat asas dan sijil.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan bagi peperiksaan akhir kursus perguruan PASTI awal Mac nanti.

Saturday, February 18, 2012

Bengkel HSP JU PASTI Selangor

Alhamdulillah bengkel HSP (Huraian Sukatan Pelajaran) PASTI Selangor khusus untuk Jurulatih Utama, yakni 2 orang untuk setiap kawasan telah berjaya dilaksanakan seperti makluman di bawah.

Tarikh: 11 Feb 2012 (Sabtu)
Masa: 9.00 pg hingga 5.00 petang
Tempat: Pejabat PASTI Pusat, Gombak.

Bengkel ini anjuran Unit Latihan PASTI Selangor di bawah bimbingan Kak Yah ( Puan Khairiah Mohd).  Banyak yang kami belajar pada hari itu termasuklah memahamkan falsafah pendidikan negara, falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan PASTI itu sendiri.  Fokus utama adalah memahamkan HSP P&P serta RPH.  Terima kasih kak yah kerana sentiasa membantu MGP tanpa jemu..






Tuesday, February 14, 2012

Kursus Pentadbiran PASTI Zon 3

Kursus Pentadbiran PASTI Zon 3
(Kawasan terlibat; Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Sepang dan Kuala Langat

Tarikh : 19hb Februari 2012(Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Tingkat atas Darul Hidayah, Dusun Tua.(dihadapan IKBN)

Penyertaan : AJK pasti kawasan, Pengurus cawangan dan Guru PASTI cawangan

Tiada yuran penyertaan. Manual Pengurusan PASTI terbitan baru ada dijual RM 10.00 pada program berkenaan.

Mesyuarat Penaziran PASTI Selangor

Tarikh : 19hb Februari 2012(Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Tingkat bawah Darul Hidayah, Dusun Tua.(dihadapan IKBN)

Setiap kawasan WAJIB seorang wakil penaziran.

3. Sila maklumbalas kehadiran kepada saya (019-2144296) sebelum 16 Feb. Khamis untuk memudahkan pihak penganjur program mengatur persiapan program ini

MOHD ASLAM B. MOHD KHANANI)

Setiausaha
Jabatan PASTI Negeri Selangor

KURSUS HURAIAN SUKATAN 6 TAHUN PASTI NEGERI SELANGOR TAHUN 2012

KURSUS HURAIAN SUKATAN 6 TAHUN PASTI NEGERI SELANGOR TAHUN 2012

Perkara di atas dirujuk.

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan mengadakan Kursus Huraian Sukatan 6 tahun seperti berikut :

Tarikh : 25-26hb Februari 2012(Sabtu-Ahad)

Pendaftaran : 8.00pagi (RM 100 seorang guru)

Tempat : D’congkak Forest, Hulu Langat

3. Sila maklumbalas kehadiran kepada saya (019-2144296) sebelum 22 Feb. Rabu untuk memudahkan pihak penganjur program mengatur persiapan program ini.
 
(Kawasan terlibat; Pandan, Hulu Selangor, Selayang, Gombak. Pandan, Ampang, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Sepang dan Kuala Langat)


sumber: http://www.facebook.com/notifications#!/profile.php?id=100001304820516

Saturday, February 11, 2012

Wednesday, January 18, 2012

AL FATIHAH...

Tuesday, January 17, 2012

5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia


Harakahdaily,15 Jan 2012

GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Toyota Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Friday, December 23, 2011

PASTI Mendapat Perhatian Antarabangsa

http://pastipusat.wordpress.com/


KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah menerima kunjungan hormat daripada Gerakan Islam Sri Langka dan Pakistan yang lebih dikenali dengan nama Jama’ath-e-Islami.
Kunjungan hormat daripada gerakan Islam itu ke pejabat rasmi DPPM yang bertempat di Jalan Raja Laut petang tadi disambut oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM dan turut menemai beliau adalah Ustaz Mohd Khairul selaku Setiausaha Kerja PAS Pusat.